Sunday 19 October 2014

~~Zikir dan Doa Amalan untuk Ibu Mengandung~~

Bismillah.. ( Challenge day 5 )


Salam semua. Bagaimana dengan hari ini? Diharap hari ini merupakan hari yang membawa seribu berkah di dalam kehidupan para tetamu blog Vitamin Engineer. Lately ni memang saya suka nak berkongsi tentang kehamilan kerana saya sendiri sedang mengandung baby ke-2. Alhamdulillah... Jadi hari ini saya nak berkongsi dengan anda tentang zikir amalan untuk ibu mengandung. Semoga ianya membawa manfaat kepada kita semua. InsyaAllah....



Amalan 1 -  
Doa untuk mendapatkan zuriat yang baik sempurna ( tidak cacat ).

" Ya Tuhan, kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat (anak) yang baik sempurna (tidak cacat). Sesungguhnya engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hamba Mu "


Amalan 2 - 


" Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau (Allah), maha Suci engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim "


Amalan 3 -

" Tuhanku berikanlah kepadaku (seorang anak) dari anak-anak yang soleh "


Amalan 4 -
 Dibaca ketika hendak bersalin
" Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah "


Amalan 5 - 
Membaca Ayat-Kursi


Amalan 6 -
Kemudian baca doa ini


" Bahawasanya Tuhanku, ialah Allah yang telah menjadikan langit dan bumi dan yang di antara keduanya di dalam enam hari kemudian Dia bersemayam di atas Arasy. Dia memasukkan malam ke dalam sarang yang mencarinya dengan cepat. Matahari, bulan dan bintang semuanya ditundukkan dengan perintah-Nya. Ketahui olehmu, Allah yang mempunyai pencipta dan suruhan. Maha Mulia Allah Tuhan semesta alam "


Semoga perkongsian ini dapat kita amalkan dari fasa mengandung hingga ke detik melahirkan. Sesungguhnya didikan yang baik lebih mudah untuk kita lenturkan dari anak itu di dalam kandungan lagi.

Sekian. Wassalam.

P/S : Belum berjumpa produk ketika dalam pantang yang sesuai? Juga tidak gemar kepada amalan berpantang tradisional? Ingin mencuba kaedah baru? Jom try Set Berpantang Shaklee!

No comments:

Post a Comment