Monday 3 November 2014

~~Kisah saya - Baby 4.025kg Secara Normal~~

Assalam.. (challenge day 20)

Hari ni saya nak kongsikan kisah bagaimana saya berjaya melahirkan baby berat 4.025kg secara normal dan mudah.

Najah Nawwarah binti Mohd Raizan


Besar kan baby ni? Ini ialah anakanda puteri kesayangan saya. Najah Nawwarah diberi nama. Mudah dipanggil "Najah" sahaja. Jangan sangka "dalam gambar memang la nampak besar". Ya, sumpah! Memang anak saya ni besar sejak dilahirkan. Hingga ayahnya yang sebelum ini takut-takut nak pegang new born baby pun boleh selamba je pegang waima mandikan pun dia berani. Sebab badan baby dah tegap katanya.

Bermula episod ingin melahirkan adalah selepas saya bangun pagi satu hari sebelum Najah dilahirkan (19/04/2013). Sejak dari pagi ada lelehan air yang keluar. Untuk saya yang tiada pengalaman, dah tentu saya anggap mungkin ini adalah perkara biasa bagi ibu yang sedang sarat. Langsung tak terfikir apa-apa yang pelik. Tapi hari tu saya memang dah tak mahu pergi kerja. Dah takde mood katanya. Hihi.. 

Kebetulan tengahari itu saya ada temujanji check-up mingguan dengan klinik berdekatan. Saya pun beritahu nurse tu tentang hal air yang keluar dari pagi tu. Itupun saya bercerita kerana saje-saje. Sambil check tekanan darah, sambil mulut pun bercerita. Tapi yang mengejutkan saya ekspresi muka nurse tersebut mula berubah dengan tiba-tiba. Ditanya soalan bertalu-talu kepada saya; "Start keluar air pukul berapa?". "Air tu warna apa?". "Sekarang masih keluar lagi ke?". Rupa-rupanya nurse tu kata itu mungkin tanda-tanda kelahiran iaitu berlaku kebocoran pada air ketuban. Dan saya dinasihatkan segera ke hospital.

Balik rumah, siap mengemas, saya dan suami kononnya nak terus ke hospital. Tapi kemudiannya tukar haluan siap singgah Tesco dulu. Jalan-jalan cari barang yang masih tak cukup. Siap sempat lagi tapau nasi goreng paprik. Takut-takut kena tahan ward malam tu. Perut saya bila malam memang berkeroncong. Memang kuat makan. Oh..lupa nak bagitau. Berat asal saya sebelum mengandung adalah 50kg. Tapi berat ketika dah sarat?? 75kg!



Saya di usia kandungan 8bulan


Selesai urusan di Tesco, kami terus ke hospital. Masuk bilik saringan pertama. Saya memang tak rasa yang saya dah nak bersalin. Sebab saya tak merasakan apa-apa kesakitan ketika tu. Tapi bila doktor check bukaan, rupanya dah buka 2cm. Aik??? Macam ni ke? Memang tak rasa apa-apa ea? Hihi... Walaupun bukaan baru 2cm, tapi doktor terpaksa tahan saya di ward sebab leaking dah berlaku dari pagi. Dikhuatiri terkena jangkitan kuman. Sempat lagi doktor induce. Masa tu tak tau pulak 'induced' tu adalah dengan cara masukkan pil besar tu. Saya ingatkan injection. Jadi saya relax2 je. Sepatutnya takut sebab orang kata lepas di induced, ibu akan merasa sakit.

Jadi malam tu saya melantak 1 bekas nasi goreng paprik dalam ward sorang-sorang. Tapi hati memang alhamdulillah takde rasa gentar. Malam tu berlalu dengan tenang. Cuma bila saya nak buang air, akan keluarlah darah bertitik-titik bersama air kencing. Memang masih belum sakit hingag ke pagi.



Episod Pagi 20/04/2014

Pagi tu sayalah orang pertama yang beratur untuk jumpa doktor. Bila doktor masukkan jari untuk check bukaan, air ketuban dan darah pun keluar dengan banyaknya sampai terkejut doktor. Bila dimaklumkan yang saya dah leaking sejak semalam, maka terangguk-angguklah kepala si doktor. Yang mengejutkan saya, tanpa rasa sakit, doktor kata jalan dah buka sebanyak 5cm. So dah boleh masuk labour room pagi tu. Aik?? Rasa pelik lagi.

Pagi tu sebelum masuk labour room saya sepatutnya ambil sarapan pagi dahulu. Tapi saya jamah 1 sudu sahaja sebab nasi gorengnya MasyaAllah..teramatlah pedas. Minumannya teh tarik pulak tu. Memang tak lalu la. Siap bila nurse tanya; "dah sarapan?". Saya jawab ; "tak". Bermula la episod nurse nak marah sebab bimbang kalau-kalau saya lama sakit dalam labour room katanya. Takut saya takde tenaga. Tapi nak buat mavam mane? Takkan saya nak patah balik ambil nasi goreng tu? Hihi..
8.00am saya masuk ke dalam labour room diiringi suami. Dalam pukul 9 barulah mula terasa contraction tu. Husband pun sampai dah pandai baca meter contraction tu. Bila dah nak mula naik je, mula la suami bagi amaran. Syukur rasanya bersalin ada suami kat sebelah. Episod contraction diserikan lagi dengan kisah muntah-muntah. Oh ternyata saya kalah dengan gas yang nurse bagi. Tapi syukur Alhamdulillah..sepanjang proses melahirkan, saya kekal bertenaga. Apa yang tambah memelikkan saya, walaupun contraction berlaku 2kali dalam masa 5 minit, tapi saya tetap tidur. Boleh saya katakan banyak masa di dalam labour room tu saya tidur. Bila sakit, saya bangun mengerang. Bila reda, saya tidur balik. 

Tepat pukul 2.30pm, baby gemuk ni pun keluar. Dengan tak tahu jantina (sebab baby kepit kaki setiap kali scan). Sepanjang kehamilan memang rasa macam baby boy. Tapi bila keluar, Allahuakbar..lari betul telahan saya. Paling saya tak sangka adalah berat baby semasa dilahirkan. Masa scan kali terakhir tu pun, doktor estimate berat anak saya dalam 3.6kg je. Tu pun saya tak percaya sebab sepanjang kehamilan memang saya rasa cergas dan badan ringan. Tapi bila nurse nagitau berat sebenar anak saya adalah 4.025kg, memang saya terkejut! Sampai geram nurse tu menggomol si kecik ni.



Cara saya

Anda semua nak tahu apa yang saya amalkan untuk kekal bertenaga dan mudah bersalin? Ini bukan entri pasal petua ye. Ini entri sekadar perkongsian dari pengalaman saya sendiri. Jom tengok.
  • Dari awal kehamilan, saya suka baca 2 surah ini. Pertama ; surah Maryam. Sebab saya harap dipermudahkan proses melahirkan. Dan kedua adalah Surah Luqman. Sebab bila saya baca surah ini, saya rasa sangat dekat dengan bayi dalam kendungan saya. Betul-betul rasa seperti saya sedang memberi nasihat dan peringatan sambil saya membelai kepalanya.
  • Dari awal kehamilan juga saya amalkan pengambilan Set Kehamilan Lengkap Shaklee. Kerana set inilah saya mula berkenalan dan berjinak-jinak dengan Shaklee. Alhamdulillah apa yang dicanangkan tentang Shaklee kepada saya memang betul. Memang kekal bertenaga walaupun saya start kerja di tempat baru ketika itu usia kandungan sudah memasuki bulan ke-7.
  • Sejak usia kandungan 7bulan, saya dah mula amalkan minum minyak kelapa dara. Jenama yang saya ambil ketika tu adalah jenama "Biodex". Ini adalah cadangan dari kakak ipar saya. Katanya kita akan rasa licin dan mudah semasa melahirkan. Dan saya benar-benar rasa itu berjaya.
  • Ketika mengandung, jika saya mengidam nak makan benda-benda yang sepatutnya terlarang seperti minuman berkarbonat, durian, dan lain2, saya pasti akan minta dari tangan suami. Walaupun suami bagi sikit je. Tapi asalkan dapat merasa, dah rasa puas ketika tu.
  • Sebelum masuk ke labour room, saya telefon mak dan ayah dulu. Mintak ampun dan restu dari mereka. 
  • Saya cium tangan suami, dan suami cium dahi saya. Ketika tu saya dah tak pandai nak berkata-kata. Baru nak buka mulut tapi saya rasa nak ketawa sebab saya dan suami jarang-jarang serius. Kami selalu making jokes to each other. Tapi hari itu, saya takkan lupa bagaimana ayat-ayat suami yang tersusun kepada saya di birai katil. Katanya makan minum saya dia halalkan. Segala salah silap saya dia ampunkan. Dan dia doakan saya mudah bersalin, dan selamat lahirkan zuriatnya. Ohh.. terkedu sungguh waktu tu. Tak sangka pandai jugak laki aku ni berkata-kata,. Hihi..

Najah 1 year old


Najah Now


Itu saja yang saya amalkan. Kini baby Najah dah berusia 1tahun setengah. Dan lebih kurang 6bulan lagi, kakak Najah dah nak dapat adik. Tak tahu la bagaimana rezeki anak kedua nanti. Mudah-mudahan Allah permudahkan. Amin...


-Sekian- 





No comments:

Post a Comment