Wednesday 26 November 2014

~~Cara Mudah Tangani Eczema~~

Baru baca tadi kisah ibu prihatin berusaha nak rawat masalah eczema anak dia. 
Hingga ke hospital pakar gitew.
Siap ambil sample pipi, then doktor cadangkan dos adunan nak hasilkan krim eczema yang paling sesuai untuk baby tu.
Wow! Rumit sungguh. Tapi dah namanya pakar kan..
Servis mudah-mudahan terbaik untuk anak tu.
Anak sihat ibu pun lega.
Tapi kalau anak berkuping-kuping, menangis tonyoh2 muka atau menggaru2 kulit sampai berdarah, ibu pulak diperli2 orang, takkan ibunya tak kecil hati kan..
Bertabahlah ibu!
Memang seorang ibu ni selalu jadi punching bag bila anak ada yang tak kena.
Hihi...


Ezcema tu ape?
Eczema adalah keadaan kulit yang kering, kemerah-merahan dan gatal.
Nak tengok contoh rupa eczema ni?


Eczema pipi



Eczema di badan

Kesian kan? Eczema ni biasanya menunjukkan diri buat pertama kalinya sebelum usia bayi mencecah 2tahun.
Eczema terjadi kerana penghalang kulit tidak berfungsi dengan baik. So kerana inilah baby akan mudah terkena jangkitan dan alergi.
Paling sedih eczema tidak dapat dirawat ye. Tapi hanya boleh dikawal dengan penggunaan bahan tertentu yang sesuai dengan pesakit.
Risau eczema selama-lamanya? 
Ye. Memang bagi sesetengah golongan eczema tetap berlaku walaupun mereka telah dewasa.
Tapi jangan risau. Masalah eczema akan berkurangan apabila pesakit meningkat dewasa.



Punca

Berikut adalah antara punca masalah eczema :
  • Faktor keturunan - Biasanya dapat dipastikan dengan jelas apabila setiap anak mempunyai masalah eczema. 
  • Alergi pada makanan tertentu seperti makanan laut, telur, produk tenusu dan lain-lain.
  • Alergi pada persekitaran seperti habuk, sabun pencuci, asap rokok, sabun mandi, bahan kimia dan cuaca.
  • Kalah pada fabrik tertentu. Biasanya penghidap masalah eczema kalah pada fabrik jenis wool dan benang sintetik.


Pencegahan
  • Eczema akan menjadi lebih teruk jika kulit kering. Jadi sentiasa pastikan kulit lembap dengan menyapu losyen atau sebagainya.
  • Tukar serbuk pencuci, mandian, losyen atau apa-apa bahan kimia yang biasa digunakan dalam menguruskan bayi anda. Anda mungkin perlu mencuba pelbagai jenama hingga berjumpa dengan produk yang paling sesuai dengan si manja anda.
  • Dalam memilih pakaian dan cadar bayi contohnya, gunakan fabrik jenis kapas yang nipis dan memudahkan pengudaraan keluar masuk dan sejuk.
  • Jika bayi anda menyusu badan, susukan bayi anda sekurang-kurangnya selama 4 bulan. Si ibu juga digalakkan untuk menjaga pemakanan seperti elak mengambil makanan yang menyumbang kepada masalah kulit seperti makanan laut contohnya.
  • Kerap cuci cadar si manja anda dengan air suam.
  • Udarakan bilik anak anda setiap hari.
  • Untuk mengelak si manja anda menggaru hingga luka dan memudaratkan kulitnya, pastikan kuku anak anda sentiasa pendek.



Cara mudah

Nak cara mudah hadapi eczema? Saya cadangkan Herbal Blend ni ha..

Krim yang ala-ala sejuk ni memang sangat bagus untuk masalah ruam bayi hingga dewasa.
Lebih info tentang herbal blend boleh klik link bawah ni.


Sebotol Herbal Blend ni hanya RM27.50 je.
Memang berbaloi-baloi.
Dah la botolnya boleh tahan besar.
Bayangkan krim eczema yang u'olz biasa dapatkan dari klinik swasta.
Dah la tiub kecik je.
Harga lebih kurang jugak macam ni.
Lagi mahal pun ada.


Testimoni










Jom order Herbal Blend sekarang.

Hubungi saya di 01279346356.

Atau add saya di fb Lina Nawwarah Shafie.


-Sekian-



No comments:

Post a Comment