Tuesday 24 February 2015

~~Cegah dan Rawat Sakit Jantung dengan Shaklee~~

Mengapakah orang lanjut usia merupakan yang paling ramai menghidap sakit jantung?
Pernahkah anda dengar tentang CoQ10?

CoQ10

Jantung memerlukan kadar CoQ10 10 kali ganda lebih banyak dari yang diperlukan oleh organ lain.
CoQ10 ini diperlukan oleh jantung untuk melindunginya dari molekul anti-oksidan yang terhasil daripada aktiviti anti-oksidan yang berlaku di dalamnya.
Oleh itu, kadar CoQ10 yang cukup adalah amat penting bagi memastikan kesihatan jantung.

Kadar CoQ10 di dalam tubuh pula akan berkurangan apabila manusia semakin lanjut usia.
Ini adalah sebab mengapa ramai penghidap sakit jantung terdiri dari kalangan orang tua.
CoQ10 rendah, maka jantung mereka menjadi lemah untuk bekerja.


4 jenis masalah jantung

1- Pertama, masalah yang berpunca dari masalah kekurangan oksigen ( serangan angina ).

2- Kedua, masalah tekanan darah yang amat tinggi di jantung dek kerana jantung yang mengepam darah lebih laju melampaui kemampuan tenaganya.

3- Ketiga, masalah saluran darah sempit ( arteri koronari ) yang menyebabkan saluran darah ke jantung telah tersumbat. Akibatnya, jantung akan mengalami masalah kekurangan oksigen dan nutrien penting lain yang membolehkannya mengepam darah. Kadar kolesterol yang tinggi dalam tubuh adalah faktor utama berlakunya masalah ini.

4- Dan akhir sekali adalah masalah kegagalan fungsi jantung kerana jantung tidak lagi mampu untuk mengepam darah dengan efisien.


Jadi dari mana kita boleh perolehi CoQ10 ini? 



Set Kesihatan Jantung



Oleh kerana kadar CoQ10 dalam tubuh seseorang akan berkurangan apabila mereka semakin meningkat usia, CoQ10 dari sumber luar hendaklah diambil bagi memastikan bahawa ianya sentiasa mencukupi dan jantung menjadi sihat.
CoQHealth Plus adalah supplemen pembekal CoQ10 terbaik!



Minyak Omega 3 yang terkandung di dalam Omega Guard adalah sangat baik untuk mengawal kolesterol di dalam tubuh yang menjadi punca utama berlakunya masalah salur jantung tersumbat.
Ia juga membantu melancarkan peredaran darah sekaligus mengawal masalah tekanan darah.




Alfalfa berfungsi untuk menyingkirkan lemak dan kolesterol yang telah terurai dari tubuh.



Ada bajet lebih dan anda tidak kisah tentang harga?
Dapatkan supplemen terbaik kami, Vivix.
Ia menyokong kesihatan menyeluruh jantung.


Hubungi Saya

Ingin dapatkan set ini?
Hubungi saya Lina di 0127946356 sekarang.

Pembelian dengan saya disertakan dengan konsultasi.


Testimoni 1 - Salur darah tersumbat. Clot di salur darah hilang secara semulajadi.



Testimoni 2 - Sebulan terlantar di ICU. Allah beri peluang kedua.



Testimoni 3 - Vivix untuk abah. Cegah sebelum parah.








Monday 23 February 2015

~~Semua Vitamin dalam Satu Tablet..VITALEA~~

Tidakkah menguntungkan bagi anda bila semua vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh dapat anda perolehi dalam satu tablet?

Nak beri semua yang tubuh anda perlu tapi tak mau telan banyak pil?
Jom cuba Vita-Lea Iron Formula!



Tahukah anda bahawa setiap tablet Vita-Lea mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak dari sayuran dan buah-buahan.
Tablet ini disaluti dengan serbuk spirulina.
Ia merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia.


Manfaat

  • Sebagai penambah tenaga segera, memelihara kecergasan tubuh dan kekuatan mental.
  • Membantu sistem memori dan daya fokus dalam pembelajaran dan kehidupan seharian.
  • Sebagai pelangkap nutrisi bagi yang tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang terutama bagi mereka yang mengamalkan pemakanan sayur-sayuran sahaja (vegetarian) dan penghidap masalah anemia (terutama bagi ibu mengandung).
  • Meningkatkan keupayaan sistem produktif terutama bagi kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.
  • Memelihara metabolisma dan melambatkan penuaan.
  • Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, memelihara pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran.
  • Memelihara pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan kesihatan hormon.
  • Membantu masalah tiroid.
  • Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.

Testimoni

Testimoni 1 : Vitalea dalam Set Mengandung


Testimoni 2 : Vitalea membantu masalah anemia ibu hamil.


Ingin dapatkan Vitalea sekarang?
Hubungi saya LINA di 0127946356.

Penghantaran seluruh Malaysia!








Tuesday 17 February 2015

~~Tangani Eczema dengan Shaklee~~

Anda punya masalah kulit?
Tapi tak pasti sama ada ianya eczema atau penyakit lain?
Tak mahu ke klinik kerana menganngap ianya hanya satu penyakit kulit biasa?
Jangan pandang ringan kawan-kawan...
Kerana ianya boleh berlarutan hingga ke jangka masa yang sangat panjang.
Malah boleh merebak hingga ke tempat lain.
Tak mahu makan ubat?
Tak susah.. jom cuba cara supplemen.
Masalah selesai, badan pun bertenaga.
Nak suggest supplemen ape ye?


GLA Complex

Membantu membanteras masalah eczema dengan kandungan Vitamin E semulajadi yang terkandung di dalam GLA Complex. Selain itu, kombinasi minyak borage yang kaya dengan asid gamma linolenik, asid linolenik, minyak bunga matahari sadalah sangat-sangat baik untuk membantu masalah kulit kronik. Termasuk masalah kulit kepala yang berkerak, berkuping serta bersisik.


ESP


ESP merupakan minuman berasaskan soya  yang kaya dengan protein. Kenapa sakit kulit perlukan protein untuk cepat baik? Kerana protein mampu mempercepat penghasilan kulit baru yg super duper sihat. Sel kulit yang telah rosak juga akan dapat diperbaiki.
Kenapa hebat sangat ESP ni? Kerana ESP mengandungi 14gram protein soya non-GMO berkualiti tinggi ( bukan soya biasa ye ) dengan 9 asid amino penting  yang diperlukan oleh tubuh anda
Apa istimewanya protein dari ESP? Ia rendah lemak, bebas laktosa serta bebas kolesterol.
So....no gemuk-gemuk ok..

Nak ubat sapu luaran?
Pun kami ada... HERBAL BLEND.

Sapu je kat tempat yang gatal tu. InsyaAllah gatalnya terus lega. Then benda alah ni memang senarai wajib ada dalam handbag mahupun tampat-tempat yang berdekatan dengan anda. Hehe..


Eczema

Nak tengok contoh eczema? 
Nak pastikan gatal-gatal anda tu kategori apa?
Pastinya eczema ada ketegorinya yang tersendiri.
Anda dimana? Ringan? Sederhana? Berat?
Nilaikan sendiri.







Nak mencuba Shaklee?
Hubungi saya : LINA di 0127946356 atau di facebook Lina Nawwarah Shafie.



Sunday 1 February 2015

~~Rawat Kesakitan Gout dengan Shaklee~~


Mencari-cari rawatan alternatif untuk masalah gout?
Jangan risau.
Kami di Shaklee ada kaedahnya.
Dengan supplement je.

Alkisahnya bila gout dah menyerang, memang sakit dan payah nak berjalan kan?
Nak cuba rangkaian supplement kami?
Jom cuba..


Vivix

Jika anda punya budget yang baik, saya nak terus cadangkan anda ambil Vivix.
 Vivix sememangnya terkenal membantu masalah gout terutama bagi warga emas yang dah tak larat nak telan pil.


Omega Guard
Omega guard berfungsi dalam mengurangkan radang sendi dan mengelakkan dari berlaku pembengkakan. 
 

Alfalfa Complex

Alfalfa yang bersifat alkali membatu meneutralkan asid urik dan menyigkirkan toksik serta lebihan asid urik dari badan.


Performance Drink

Memastikan kandungan air cukup di dalam tubuh.
 Pesakit gout amat penting dalam memastikan badan cukup air supaya mereka tidak akan mengalami masalah dehidrasi.
 Jika mereka mengalami dehidrasi, pesakit gout tidak akan dapat menyingkirkan asid urik dari badan dengan cara kerap kencing. 
Performance Drink juga berfungsi dalam menggantikan air yang hilang.


Apa itu gout?

Ingin tahu dengan lebih mendalam tentang gout?
Gout adalah keradangan yang menyebabkan sakit di bahagian tendon dan sendi sehingga terjadinya pembengkakan.

Kesakitan dan pembengkakan ini biasanya berlaku di sendi metatarsal-phalangeal  di tapak kaki.
Kemunculan gout juga boleh jadi sebagai petanda bagi kehadiran penyakit-penyakit lain seperti batu karang, urate nephropathy & tophi.


Mengapakah terjadinya gout?

Gout terjadi adalah disebabkan oleh tahap asid urik di dalam darah yang terhablur dan disimpan di sendi tendon dan di tisu sekelilingnya.

Sila refer gambarajah di bawah.



Fenomena terjadinya gout.


Apakah punca terjadinya gout?

Faktor paling utama ialah dari genetik (keturunan). 
Kedua dari pemakanan.
Dan yang ketiga ialah terjadinya gout kerana terdapatnya masalah pada buah pinggang.


Apakah makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya oleh pesakit gout?

Pesakit gout hendaklah mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi protein seperti makanan laut, kekacang, daging merah mahupun daging organik kerana makanan-makanan ini tinggi kandungan purine.

Pemecahan purine di dalam makanan menyebabkan berlakunya gout kerana purine akan ditukarkan ke dalam bentuk asid urik semasa metabolisma tisu rosak dan ketika tisu koyak.

Manakala terdapat kajian yang menunjukkan bahawa mereka yang mengambil daging merah dan makanan laut secara kerap mempunyai 50% lebih potensi untuk mendapat penyakit ini.


Bagaimana nak atasi masalah gout?
  • Amalkan diet yang rendah purine.
  • Makan buah-buahan seperti buah ceri dan strawberi boleh bantu untuk merendahkan kadar asid urik dalam tubuh.
  • Minum air dengan banyak untuk bantu proses penyingkiran asid urik.
  • Kawal berat badan.
  • Banyakkan bersenam.
  • Lebihkan pengambilan sayur-sayuran.

Tahukah anda?

Majoriti pesakit gout adalah lelaki di dalam lingkungan 30 tahun ke atas.



Nak tengok testimoni individu yang berjaya dibantu dengan pengambilan supplement Shaklee?
Jom tengok yang kat bawah ni.




Ha.... apa macam? Bagus kan Shaklee ni?
Jom ber'shaklee'.. Buang jauh2 rasa sakit tu. 
Semoga kita dapat lalui hari-hari yang aktif dan cergas tanpa perlu membataskan minat hanya kerana GOUT!

Ingin cuba?
Hubungi saya  : LINA di 0127946356.