Wednesday 10 December 2014

~~Masalah Pernafasan..Rawat Cara Mudah dengan Shaklee~~

Bismillah.

Asma?

Bronkitis?

Emphysema?

Pneumonia?

TB?

Dan yang paling teruk... kanser paru-paru.

Senarai penyakit di atas adalah masalah-masalah yang berkait rapat dengan sistem pernafasan manusia.
Sistem pernafasan membawa masuk oksigen ke dalam tubuh kita dan menyingkirkan karbon dioksida daripadanya.
Untuk apa?
Kerana sel-sel di dalam tubuh kita memerlukan oksigen untuk terus hidup.

Jadi apakah yang berlaku apabila anda diserang penyakit ini?

ASMA
Asma contohnya. Berlaku apabila partikal asing disedut masuk ke dalam peparu sehingga menyebabkan radang berlaku. Ketika ini, peparu akan mengeluarkan histamine yang menyebabkan peparu anda membengkak.

BRONKITIS
Bronkitis pula adalah fenomena di mana berlakunya radang di tiub bronkus sehingga menyebabkan salur pernafasan membengkak seterusnya kita akan sukar bernafas.

TB
TB atau tuberculosis berlaku disebabkan oleh jangkitan bakteria. Sekiranya anda mengalami batuk lebih dari 3 minggu sehingga mengeluarkan darah dan kahak serta rasa sakit di dada semasa bernafas dan batuk, anda dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan doktor.
TB bukan sahaja berbahaya kepada penghidapnya malah penyakit ini dengan mudah boleh tersebar melalui udara.


SUPPLEMENT UNTUK MASALAH PERNAFASAN.

Anda punya salah satu penyakit ini?
Anda memilih untuk mengambil ubat-ubatan, pengambilan gas berterusan ataupun supplement?
Kami di Shaklee mempunyai saranan yang hebat untuk anda.



VIVIX

 Vivix berupaya membantu mengurangkan radang dan melancarkan salur pernafasan.

Vivix juga membantu mengurangkan pertumbuhan sel tumor di peparu.

Ini adalah kerana Vivix mampu menembusi DNA anda.
OMEGAGUARD 

Omega Guard juga membantu mengurangkan radang.

Punya asma?? Omega Guard adalah saranan terbaik.

Omega Guard juga membantu melancarkan salur pernafasan anda.


SUSTAINED RELEASE VITA-C

Vitamin C terhebat dari Shaklee ini membantu meningkatkan imun tubuh anda dalam melawan jangkitan kuman.
NUTRIFERON 

Nutriferon menggalakkan penghasilan interferon.

Interferon ini ialah 'askar' yang bekerja di dalam tubuh kita bagi menangani serangan kuman dan virus.

Selain daripada itu, nutriferon juga membantu mengurangkan alergi.
 GARLIC

Garlic membantu dalam menentang jangkitan kuman.

Ia bertindak sebagai anti-biotik semulajadi untuk tubuh.




OSTEMATRIX

Kalsium dan magnesium yang terkandung di dalam Ostematrix membantu merelakskan sistem pernafasan anda.


Ia juga mengandungi agen anti-asma.












 MEAL SHAKES

Bagi kes serangan penyakit berkaitan masalah pernafasan yang melibatkan kanak-kanak pula, saya suka menyarankan Meal Shakes juga.

Meal Shakes sangat sesuai diambil oleh kanak-kanak waima bayi seawal umur 1tahun ke atas kerana ianya mudah diambil hanya dengan mencampurkannya ke dalam susu mahupun minuaman kegemaran si manja.



TESTIMONI

- Petikan perkongsian masalah bronkitis kanak-kanak dari blog pengedar -


 - Satu lagi penyelesaian masalah bronkitis kanak-kanak dengan Meal Shakes dan Omega Guard -


- Meal shakes + Omega Guard untuk anak yang kerap demam dan batuk -

- Nutriferon untuk demam dan selsema tak jadi -



- Omega guard bantu masalah selsema dan kahak -



 - Tak perlu lagi ambil neb setelah amalkan omega guard secara konsisten - 


HUBUNGI SAYA

Ingin selesaikan masalah anda?
Tak mahu lagi ubat kahak, mahupun nebulizer?
Hubungi saya di 0127946356 -Lina.
Ataupun anda boleh add FB saya - Lina Nawwarah Shafie untuk ketahui promosi-promosi terkini.


Monday 8 December 2014

~~Kenapa rambut banyak gugur selepas bersalin?~~

Selamat datang ke blog Vitamin Engineer.

Mesti para ibu menyedari situasi ni kan?
Ketika mengandung, rambut gugur memang sangat sedikit.
Tapi setelah melahirkan, rambut gugur banyak sebanyak banyaknya..Hihi.
Kenapa ye?



Ketika hamil, kandungan hormon progesteron dan estrogen yang sangat tinggi di dalam tubuh si ibu menyebabkan pertumbuhan rambut terhenti seketika.
Sebab tu kita selalu tengok rambut wanita yang sedang hamil sangat sihat dan berkilau. 

Namun setelah lebih kurang 3-4 bulan selepas bersalin, hormon di dalam tubuh si ibu akan kembali normal jadi masalah rambut gugur yang biasa dialami sebelum kehamilan akan berlaku seperti biasa.

Namun yang demikian, oleh kerana rambut sudah lama tidak mengalami keguguran, kali ini masalah keguguran rambut akn berlaku lebih banyak. Rambut yang berterusan gugur menyebabkan rambut baru tidak sempat tumbuh dan memanjang.
Keadaan ini menyebabkan rambut menjadi jarang dan menipis.

Sampai bilakah keadaan ini akan berlaku?
Jangan risau. Di kes-kes normal, rambut yang telah gugur akan kembali tumbuh dalam masa 5 bulan.
Namun begitu, tolong jangan abaikan masalah ini sekiranya rambut tetap gugur dengan banyak dan berterusan sehingga menyebabkan masalah kebotakan.


Kisah saya - rambut gugur semasa kehamilan dan selepas melahirkan.

Diri saya sendiri dari zaman remaja memang mempunyai masalah rambut gugur yang teruk. 
Ditambah lagi dengan rambut yang nipis dan halus, setiap kali nak potong rambut kat salun, mesti tukang gunting tu akan tanya kenapa rambut saya sanhat sikit dan gugur dengan banyak apabila di syampu?
Kadang-kadang memang give-up lah nak jawab soalan-soalan tu.

Tapi ketika mengandungkan anak pertama, saya amalkan set kehamilan dari awal.
Pada mulanya memang saya tak perasan yang rambut dah tak gugur lagi.
Namun bila kandungan dah sarat, suatu hari saya mula perasan yang rambut-rambut yang dulu biasanya penuh di lantai dah tak ada.
Bila saya meleraikan ikatan rambut pun, takde sehelai pun yang tertinggal.
Suami pun perasan rambut saya tebal dan beralun.

Berbezanya dengan Shaklee, walaupun selepas melahirkan, rambut saya tetap sihat.
Jika berlaku keguguran rambut pun adalah sangat sedikit.


Atasi masalah rambut gugur dengan Shaklee.

Jika anda sememangnya mengalami masalah rambut gugur, tidak kiralah anda merupakan seorang ibu yang baru melahirkan atau siapa sahaja, saya mencadangkan agar anda menggunakan 3 produk ini bagi mengatasi masalah ini.

1) ESP - Mengandungi asid amino penting untuk pertumbuhan rambut yang sihat.

2) Zinc - Membantu pembentukan kolagen dan protein untuk pertumbuhan rambut.



3) VitaLea - Copper dan Vitamin A yang terkandung di dalam Vitalea membantu memelihara kesihatan rambut. Biotin yang turut berada di dalam Vitalea membantu B-Complex menangani masalah rambut beruban dan gugur.


Ingin dapatkan ketiga-tiga produk ini?
Anda boleh direct whatsapp saya di 0127946356. (Lina)

Saya akan guide anda hingga anda memperolehi hasil yang diharapkan.

Wednesday 26 November 2014

~~Cara Mudah Tangani Eczema~~

Baru baca tadi kisah ibu prihatin berusaha nak rawat masalah eczema anak dia. 
Hingga ke hospital pakar gitew.
Siap ambil sample pipi, then doktor cadangkan dos adunan nak hasilkan krim eczema yang paling sesuai untuk baby tu.
Wow! Rumit sungguh. Tapi dah namanya pakar kan..
Servis mudah-mudahan terbaik untuk anak tu.
Anak sihat ibu pun lega.
Tapi kalau anak berkuping-kuping, menangis tonyoh2 muka atau menggaru2 kulit sampai berdarah, ibu pulak diperli2 orang, takkan ibunya tak kecil hati kan..
Bertabahlah ibu!
Memang seorang ibu ni selalu jadi punching bag bila anak ada yang tak kena.
Hihi...


Ezcema tu ape?
Eczema adalah keadaan kulit yang kering, kemerah-merahan dan gatal.
Nak tengok contoh rupa eczema ni?


Eczema pipi



Eczema di badan

Kesian kan? Eczema ni biasanya menunjukkan diri buat pertama kalinya sebelum usia bayi mencecah 2tahun.
Eczema terjadi kerana penghalang kulit tidak berfungsi dengan baik. So kerana inilah baby akan mudah terkena jangkitan dan alergi.
Paling sedih eczema tidak dapat dirawat ye. Tapi hanya boleh dikawal dengan penggunaan bahan tertentu yang sesuai dengan pesakit.
Risau eczema selama-lamanya? 
Ye. Memang bagi sesetengah golongan eczema tetap berlaku walaupun mereka telah dewasa.
Tapi jangan risau. Masalah eczema akan berkurangan apabila pesakit meningkat dewasa.



Punca

Berikut adalah antara punca masalah eczema :
  • Faktor keturunan - Biasanya dapat dipastikan dengan jelas apabila setiap anak mempunyai masalah eczema. 
  • Alergi pada makanan tertentu seperti makanan laut, telur, produk tenusu dan lain-lain.
  • Alergi pada persekitaran seperti habuk, sabun pencuci, asap rokok, sabun mandi, bahan kimia dan cuaca.
  • Kalah pada fabrik tertentu. Biasanya penghidap masalah eczema kalah pada fabrik jenis wool dan benang sintetik.


Pencegahan
  • Eczema akan menjadi lebih teruk jika kulit kering. Jadi sentiasa pastikan kulit lembap dengan menyapu losyen atau sebagainya.
  • Tukar serbuk pencuci, mandian, losyen atau apa-apa bahan kimia yang biasa digunakan dalam menguruskan bayi anda. Anda mungkin perlu mencuba pelbagai jenama hingga berjumpa dengan produk yang paling sesuai dengan si manja anda.
  • Dalam memilih pakaian dan cadar bayi contohnya, gunakan fabrik jenis kapas yang nipis dan memudahkan pengudaraan keluar masuk dan sejuk.
  • Jika bayi anda menyusu badan, susukan bayi anda sekurang-kurangnya selama 4 bulan. Si ibu juga digalakkan untuk menjaga pemakanan seperti elak mengambil makanan yang menyumbang kepada masalah kulit seperti makanan laut contohnya.
  • Kerap cuci cadar si manja anda dengan air suam.
  • Udarakan bilik anak anda setiap hari.
  • Untuk mengelak si manja anda menggaru hingga luka dan memudaratkan kulitnya, pastikan kuku anak anda sentiasa pendek.



Cara mudah

Nak cara mudah hadapi eczema? Saya cadangkan Herbal Blend ni ha..

Krim yang ala-ala sejuk ni memang sangat bagus untuk masalah ruam bayi hingga dewasa.
Lebih info tentang herbal blend boleh klik link bawah ni.


Sebotol Herbal Blend ni hanya RM27.50 je.
Memang berbaloi-baloi.
Dah la botolnya boleh tahan besar.
Bayangkan krim eczema yang u'olz biasa dapatkan dari klinik swasta.
Dah la tiub kecik je.
Harga lebih kurang jugak macam ni.
Lagi mahal pun ada.


Testimoni










Jom order Herbal Blend sekarang.

Hubungi saya di 01279346356.

Atau add saya di fb Lina Nawwarah Shafie.


-Sekian-



Thursday 20 November 2014

~~Berjaya kurus dengan Set Slimming Murah Shaklee~~

Assalam..

Percaya tak dengan modal tak sampai RM100 anda boleh kurus secara sihat?
Bukan sahaja murah, malah berkesan. Juga berupaya membantu meningkatkan kesihatan tubuh.

Kini terdapat lambakan produk pelansingan di pasaran. Tapi yang tak sedap di dengar ialah terdapat pelbagai kesan sampingan yang membahayakan kesihatan seperti muntah darah, koma, pitam. Malah sesetengah kes boleh membawa kepada kematian.


Keratan akhbar Metro menunjukkan kesan sampingan pengambilan ubat kurus tiruan.



Keratana akhbar berkaitan produk acai berry yang beracun.


NAK KURUS CARA MURAH DAN SELAMAT?


Ini adalah Set Slimming Budget yang dicadangkan oleh Shaklee. 
Konsep bekerja 2 produk ini adalah sangat mudah iaitu MEMECAH dan MENYINGKIRKAN. Lecithin akan memecahkan lemak & kolesterol dalam tubuh manakala Alfalfa akan menyingkirkannya dengan melawaskan sistem penghadaman.
Mudah bukan? 

Malah untuk kesan tambahan yang lebih efektif, saya cadangkan anda tambah Herblax yang sangat bagus untuk mengempiskan perut. 

Ingin kurus tapi selera makan sangat besar?
Takde masalah. Saya cadangkan anda minum ESP agar perut sentiasa terasa kenyang dan jika anda makan, anda tidak akan makan terlalu banyak.


TESTIMONI YANG TELAH BERJAYA


"Isteri ambil untuk kurus. Suami pulak tumpang sekaki. Hasilnya, peha isteri mengecil. Badan terasa ringan. Suami pula hilang masalah pedih ulu hati dan sakit dada".



 "Ambil Shaklee kerana sukar berlari ketika bersukan. Badan terasa lebih ringan. Pengguna ini menambah ESP bersama Set Slimming Budget".




"Pengguna ni punya masalah berat badan yoyo. Sekejap turun, sekejap naik. Beliau tambah Herblax untuk kesan yang lebih optimum".




"Dari 86kg ke 78kg hanya dengan Shaklee".

Jadi bagaimana? 
Anda juga nak kurus dengan modal minima?
Hubungi saya di 0127946356 (pm or whatsapp).
Boleh juga add fb saya Lina Nawwarah Shafie.









Tuesday 18 November 2014

~~Sembelit ketika hamil? Rawat dengan Supplement, bukan ubat-ubatan~~

Assalam.. 
Selamat datang ke blog Vitamin Engineer!

Masalah sembelit sememangnya merupakan gejala normal bagi wanita yang sedang hamil. Bakal ibu pastinya tertanya-tanya, mengapakah masalah ini berlaku?

Tubuh wanita yang hamil mengandungi hormon progesteron yang banyak, ini menyebabkan usus memproses makanan dengan perlahan. Tambahan pula, rahim ibu yang semakin membesar juga menyebabkan tekanan pada pada usus sehingga menghalang pergerakan najis ke usus besar dan rektum.




KURANG MINUM AIR

Kurang pengambilan air yang cukup pastinya mengundang masalah dehidrasi. Jadi para ibu, pastikan anda mengambil sekurang-kurangnya 2 hingga 3liter air masak sehari. 

Selain itu, pengambilan minuman yang berasaskan yogurt juga sangat membantu melancarkan proses pembuangan.


KURANG PENGAMBILAN MAKANAN TINGGI SERAT

Diet makanan yang kurang fiber/serat juga menyumbang kepada permasalahan ini. Makanan yang kurang fiber akan membuatkan najis anda menjadi keras. Jadi perbanyakkan mengambil makanan seperti kekacang, sayur-sayuran  dan buah-buahan. 


KURANG PERGERAKAN

Ibu hamil juga tidak terkecuali dari keperluan melakukan senaman atau sekurang-kurangnya gerakan ringan. 


APAKAH TANDA-TANDA BAHAWA SEMBELIT ANDA SEMAKIN TERUK?

Jika anda mengalami salah satu daripada simptom di bawah, anda dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan doktor.

  • Sakit perut yang keterlaluan
  • Cirit-birit
  • Keluar darah


ELAK DAN RAWAT SEMBELIT DENGAN OSTEMATRIX

Kami di Shaklee pastinya punya produk yang sangat sesuai dan selamat untuk menyelesaikan masalah sembelit ini. Secara asasnya pengambilan Ostematrix untuk ibu yang sedang hamil ialah bagi memastikan si ibu serta bayi di dalam kandungannya memperolehi kalsium yang mencukupi sepanjang proses kehamilan. Sudah pasti ketika ini keperluan kalsium bagi wanita hamil adalah berganda. Namun begitu, keistimewaan Shaklee sudah tentu terletak pada multi-fungsinya. 


APAKAH BAHAN DIDALAM OSTEMATRIX YANG MEMBANTU MASALAH SEMBELIT?

Magnesium! Magnesium di dalam Ostematrix membantu menyeimbangkan sistem tubuh anda yang telah menyerap kalsium yang banyak yang terkandung di dalam Ostematrix. Jika anda mengambil kalsium yang tidak mengandungi magnesium, anda akan mudah mendapat sembelit kerana pengambilan kalsium yang berlebihan akan menyebabkan najis anda menjadi keras. 

Kalsium akan mengikat hempedu dan lemak di dalam usus dan seterusnya disingkirkan dari tubuh dalam bentuk najis besar, yang membantu membersihkan kolon.

Magnesium pula akan menormalkan ketegangan pada dinding kolon yang membolehkan tindak balas peristalsis biasa. Ia juga akan membantu usus anda mengekalkan air seterusnya membantu melembutkan najis. 


BELUM PERCAYA? INGIN LIHAT TESTIMONI?

Kalau dulu 3@4 hari sekali baru membuang. Tapi sekarang hari-hari!

INGIN MILIKI OSTEMATRIX?

Order sekarang! Hubungi saya di sini :

Call/Whatsapp : 0127946356  
 fb Chat / Messenger : Lina Nawwarah Shafie   
email : linanawwarah@gmail.com





TAHUKAH ANDA?

Tahukah anda bahawa supplement yang dibekalkan oleh pihak klinik untuk menjaga hb anda iaitu Ferrous Fumarate juga mampu menyebabkan masalah sembelit?

Sunday 16 November 2014

~~Rahsia Kekal Bertenaga dengan Minuman~~

Assalam semua..

Selamat datang ke blog vitamin engineer!

Adakah anda kerap merasa "flat" di tempat kerja? Lebih-lebih lagi apabila anda baru menjalankan tugas separuh hari, kerja-kerja yang perlu diselesaikan juga masih tertangguh, rasa letih hingga lemah seluruh tubuh mula menguasai diri. Sudah tentu ketika itu mood bekerja sudah melayang entah ke mana. Hingga nak bangun dari tempat duduk pun terasa tak bermaya.

Itu kisah di temapt kerja. Bagaimana pula dengan aktiviti-aktiviti lain kegemaran anda seperti bersukan contohnya? Tanpa stamina yang cukup, manakan kepuasan bersukan itu akan dapat anda perolehi.

Ingin kekal bertenaga sepanjang hari? Kami di Shaklee punya banyak pilihan untuk anda. Dari yang asas hingga yang advance. Yang mana satu menjadi pilihan hati anda? Tapi tidak gemar menelan pil? Jangan risau. Kami ada Performance Drink.


Kebebasan menghasilkan kepuasan


Sejarah Performance Drink
Minuman ini juga kami sebutkan sebagai minuman pilihan ahli angkasawan dan para atlet. Mengapa? Dari sejarahnya minuman ini dicipta bagi membantu projek penerbangan Daedalus. Ia juga merupakan minuman sukan pertama bagi para atlet di Amerika Syarikat. Selain itu, ia juga dicipta khusus untuk para angkasawan NASA.



Kandungan 

Ujian klinikal yang dijalankan telah berjaya membuktikan bahawa rumusan ekslusif OptiCarb yang terkandung di dalam Performance Drink ini akan meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda, memberikan tenagadan memelihara kitaran bendalir dalam tubuh. Ia juga mempunyai lebih 67% otot glikogen sebagai sumber tenaga dan menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat dengan segera.

Selain daripada itu, ia juga mengandungi potassium, kalsium, sodium, fosforus, magnesium dan chloride.



Manfaat
  • Meningkatkan daya ketahanan badan
  • Memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan segera
  • Menggantikan air yang hilang sewaktu melakukan aktiviti seharian
  • Meningkatkan daya tahan otot
  • Mengimbangi metabolism air dalam tubuh
  • Mencegah penyahidratan
  • Mengurangkan kekerapan rasa haus
  • Melembapkan kulit
  • Mengekalkan paras gula 
  • Mempercepat penyembuhan akibat kecederaan otot


Siapa yang sangat bagus ambil Performance Drink?
  • Para atlet
  • Mereka yang berpuasa
  • Mereka yang melalui pembedahan (sebelum dan selepas)
  • Mereka yang kerap tidur lewat
  • Mereka yang mudah letih
  • Wanita yang mempunyai masalah vagina kering
  • Mereka yang terkena cirit-birit
  • Mereka yang tiada selera makan
  • Mereka yang punya masalah gula rendah


Ingin mencuba Performance Drink ini? Sebelum tu jom lihat apa kata mereka yang telah mencuba.


Testimoni 1 - Untuk suami yang bekerja keras di bawah terik mentari.


Testimoni 2 - Pelatih berikan kepada team netball.




Jom dapatkan sekarang! Hubungi saya di :

Call/Whatsapp : 0127946356  
fb Chat / Messenger : Lina Nawwarah Shafie  
email : linanawwarah@gmail.com






Saturday 15 November 2014

~~Vitamin Cinta untuk kisah dalam bilik tidur anda~~

Assalam semua..

Selamat datang ke blog Vitamin Engineer.
Perkongsian hebat hari ini dengan topik yang sangat hangat.
Bagaimana menghangatkan kembali hubungan suami isteri.
Tiada ubat-ubatan tau. Hanya dengan supplement!
Dijamin selamat!


Vitamin Cinta - Vitamin E Complex 


Tahukah anda bahawa vitamin yang disebut-sebut sebagai vitamin cinta shaklee hanyalah Vitamin E.
Bagaimana pula hanya dengan 1 vitamin ini boleh menghangatkan kembali hubungan atas katil anda yang mula pudar? Jom lihat!

Kesan Vitamin E ke atas lelaki
  • Meningkatkan kiraan sperma
  • Meningkatkan kelestarian seksual
  • Meningkatkan motiliti sperma
  • Melindungi sperma dari dirosakkan oleh radikal bebas
  • Meningkatkan libido lelaki (keinginan untuk melakukan hubungan) dengan cara meningkatkan paras hormon testosteron mereka.
  • Meningkatkan penyaluran darah dan oksigen ke dalam alat sulit mereka seterusnya meningkatkan keinginan dan kehangatan semasa melakukan hubungan

Kesan Vitamin E ke atas wanita

  • Meningkatkan penyaluran darah dan oksigen ke dalam alat sulit wanita seterusnya meningkatkan keinginan dan kehangatan semasa melakukan hubungan
  • Membantu melembapkan tisu di dalam Miss V. Tiada lagi masalah kesakitan dan kekeringan ketika bersama.

  • So macam mana? Hot kan Vitamin E Complex ni. Paling best Vitamin E bukan hanya berfungsi dalam menjalani hubungan suami isteri je tau. Nak tau khasiat lain Vitamin E ni? Klik sini.

    Jom lihat testimoni-testimoni bahagia ni.


    TESTIMONI 1 - Hari-hari mau...



    TESTIMONI 2 - Hubungan kembali intim setelah 10tahun berkahwin



    TESTIMONI 3 - Telan sebelum bersama, performance memang mantap!


    \
    Ingin miliki Vitamin Cinta ini? Hangatkan kembali kisah bilik tidur anda. Jangan biarkan ia terus pudar ye. Dikhuatiri lama-kelamaan ianya akan lenyap.

    Hubungi saya sekarang di sini : 
    Call/Whatsapp : 0127946356 
    fb Chat / Messenger : Lina Nawwarah Shafie 
    email : linanawwarah@gmail.com








    Thursday 13 November 2014

    ~~Gegata ditegur hantu?~~

    Hari ini saya bersama rakan seperjuangan membincangkan tentang satu topik menarik.
    Isunya hanyalah berkaitan sejenis penyakit kulit iaitu "Gegata". Tidak tahu apa itu gegata? Lihat gambar di bawah.


    Khabarnya nama bagi penyakit kulit ini berbeza mengikut kawasan. Di Sarawak ia dipanggil "Pontianak". Di Kedah ia dipanggil "Kelopak Garam". Di Kelantan pula digelar "Lapar Garam". 

    Namun hakikatnya nama saintifik bagi penyakit ini ialah Urticaria. Fenomena bagi penyakit ini adalah seperti di dalam gambar di atas dimana kulit menjadi bengkak, menebal, sangat gatal dan kemerahan. 

    Perbezaan ini membuatkan saya tertarik untuk mengkaji lebih mendalam berkaitan isu ini. Carian diteruskan dan antara catatan yang begitu menarik perhatian saya adalah hasil tulisan Dr. Zubaidi Hj. Ahmad. Di sini saya hanya akan menceritakan dan menghuraikan secara ringkas berkaitan isu ini.


    PUNCA 

    Punca bagi kehadiran penyakit ini adalah lazimnya kerana alahan kepada sesuatu seperti habuk, makanan laut dan mungkin juga gigitan serangga. 

    Namun ada pendapat dari orang lama-lama yang mengatakan bahawa punca bagi penyakit ini adalah kerana ditegur makhluk halus seperti hantu dan pontianak. Dari sinilah terhasilnya pelbagai versi gelaran untuk penyakit ini.

    Saya sempat mengambil beberapa pendapat orang ramai akan punca berlakunya penyakit ini. Jom tengok.


    Punca 1 - Alahan udang.


    Punca 2 - Alahan dengan plastisin (tanah liat).






     Punca 3 - Alahan jamu bersalin.


     Punca 4 - Diludah air liur hantu.


    Punca 5 - Peredaran darah tak lancar kerana diganggu makhluk halus.



    Menarik bukan? Terdapat pelbagai versi dan pendapat. Bagaimana pula cara untuk merawatnya?


    Cara 1 - Sapu dengan air garam.



    Cara 2 - Gunakan sireh.

     Cara 3 - Lumurkan dengan kapur sireh yang ditumbuk bersama dengan kunyit hidup.


    Cara 4 - Ubat-ubatan moden. Diambil secara makan mahupun suntikan.

    Cara 5 - Minum air kelapa kemudian tekap dengan abu kayu yang dibungkus dalam kain yang telah dihangatkan. 


    Hm... kaya sungguh orang kita dengan petua. Namun begitu, terdapat pendapat dari segi perubatan moden bahawa pada kebiasaannya penyakit ini hanya akan berlangsung selama 24jam jadi pesakit tidak memerlukan sebarang rawatan. Namun jika pesakit merasa terlalu gatal atau keadaan menjadi semakin teruk seperti kesukaran bernafas, anda dinasihatkan untuk segera mendapatkan nasihat doktor.


    DISERANG BERULANG-KALI

    Juga terdapat banyak kes dimana seseorang itu kerap diserang penyakit gegata ini. Ada yang menghidapinya sehingga bertahun-tahun dan meninggalkan kesan. Jika anda punya masalah seperti ini, saya cadangkan supaya anda mengambil set pemulihan seperti di bawah.


    Omega Guard



    Sustained Release Vitamin C 


    Alfalfa Complex


    Nutriferon



    Jika masalah gegata ini menyerang kanak-kanak pula, saya sarankan supaya mereka diberikan Omega Guard, Nutriferon, Chewable Vita-C Plus dan Meal Shakes.


    Chewable Vita-C Plus


    Meal Shakes

    Kesemua produk yang dicadangkan mempunyai fungsi utama bagi melawan penyakit gegata ini iaitu meningkatkan imun tubuh seseorang. Omega Guard contohnya sangat efektif dalam melancarkan peredaran darah dan mencegah penyakit yang berkaitan denagn saluran darah. Ia juga sangat terkenal sebagai immune booster dalam tubuh seseorang. Begitu juga dengan rangkaian produk yang lain.


    Ingin lihat satu testimoni penyembuhan segera gegata? 



    Bagi anda yang ingin memiliki penyelesaian masalah gegata ini boleh hubungi saya di :
    Call/Whatsapp : 0127946356  fb Chat / Messenger : Lina Nawwarah Shafie  email : linanawwarah@gmail.com

    Jika terdapat sebarang kemusykilan, cadangan dan pertanyaan juga boleh terus hubungi saya ya.
    Konsultasi seumur hidup istimewa untuk para pelanggan Vitamin Engineer.

    Wassalam....