Thursday 13 November 2014

~~Gegata ditegur hantu?~~

Hari ini saya bersama rakan seperjuangan membincangkan tentang satu topik menarik.
Isunya hanyalah berkaitan sejenis penyakit kulit iaitu "Gegata". Tidak tahu apa itu gegata? Lihat gambar di bawah.


Khabarnya nama bagi penyakit kulit ini berbeza mengikut kawasan. Di Sarawak ia dipanggil "Pontianak". Di Kedah ia dipanggil "Kelopak Garam". Di Kelantan pula digelar "Lapar Garam". 

Namun hakikatnya nama saintifik bagi penyakit ini ialah Urticaria. Fenomena bagi penyakit ini adalah seperti di dalam gambar di atas dimana kulit menjadi bengkak, menebal, sangat gatal dan kemerahan. 

Perbezaan ini membuatkan saya tertarik untuk mengkaji lebih mendalam berkaitan isu ini. Carian diteruskan dan antara catatan yang begitu menarik perhatian saya adalah hasil tulisan Dr. Zubaidi Hj. Ahmad. Di sini saya hanya akan menceritakan dan menghuraikan secara ringkas berkaitan isu ini.


PUNCA 

Punca bagi kehadiran penyakit ini adalah lazimnya kerana alahan kepada sesuatu seperti habuk, makanan laut dan mungkin juga gigitan serangga. 

Namun ada pendapat dari orang lama-lama yang mengatakan bahawa punca bagi penyakit ini adalah kerana ditegur makhluk halus seperti hantu dan pontianak. Dari sinilah terhasilnya pelbagai versi gelaran untuk penyakit ini.

Saya sempat mengambil beberapa pendapat orang ramai akan punca berlakunya penyakit ini. Jom tengok.


Punca 1 - Alahan udang.


Punca 2 - Alahan dengan plastisin (tanah liat).






 Punca 3 - Alahan jamu bersalin.


 Punca 4 - Diludah air liur hantu.


Punca 5 - Peredaran darah tak lancar kerana diganggu makhluk halus.



Menarik bukan? Terdapat pelbagai versi dan pendapat. Bagaimana pula cara untuk merawatnya?


Cara 1 - Sapu dengan air garam.



Cara 2 - Gunakan sireh.

 Cara 3 - Lumurkan dengan kapur sireh yang ditumbuk bersama dengan kunyit hidup.


Cara 4 - Ubat-ubatan moden. Diambil secara makan mahupun suntikan.

Cara 5 - Minum air kelapa kemudian tekap dengan abu kayu yang dibungkus dalam kain yang telah dihangatkan. 


Hm... kaya sungguh orang kita dengan petua. Namun begitu, terdapat pendapat dari segi perubatan moden bahawa pada kebiasaannya penyakit ini hanya akan berlangsung selama 24jam jadi pesakit tidak memerlukan sebarang rawatan. Namun jika pesakit merasa terlalu gatal atau keadaan menjadi semakin teruk seperti kesukaran bernafas, anda dinasihatkan untuk segera mendapatkan nasihat doktor.


DISERANG BERULANG-KALI

Juga terdapat banyak kes dimana seseorang itu kerap diserang penyakit gegata ini. Ada yang menghidapinya sehingga bertahun-tahun dan meninggalkan kesan. Jika anda punya masalah seperti ini, saya cadangkan supaya anda mengambil set pemulihan seperti di bawah.


Omega Guard



Sustained Release Vitamin C 


Alfalfa Complex


Nutriferon



Jika masalah gegata ini menyerang kanak-kanak pula, saya sarankan supaya mereka diberikan Omega Guard, Nutriferon, Chewable Vita-C Plus dan Meal Shakes.


Chewable Vita-C Plus


Meal Shakes

Kesemua produk yang dicadangkan mempunyai fungsi utama bagi melawan penyakit gegata ini iaitu meningkatkan imun tubuh seseorang. Omega Guard contohnya sangat efektif dalam melancarkan peredaran darah dan mencegah penyakit yang berkaitan denagn saluran darah. Ia juga sangat terkenal sebagai immune booster dalam tubuh seseorang. Begitu juga dengan rangkaian produk yang lain.


Ingin lihat satu testimoni penyembuhan segera gegata? 



Bagi anda yang ingin memiliki penyelesaian masalah gegata ini boleh hubungi saya di :
Call/Whatsapp : 0127946356  fb Chat / Messenger : Lina Nawwarah Shafie  email : linanawwarah@gmail.com

Jika terdapat sebarang kemusykilan, cadangan dan pertanyaan juga boleh terus hubungi saya ya.
Konsultasi seumur hidup istimewa untuk para pelanggan Vitamin Engineer.

Wassalam....





No comments:

Post a Comment