Tuesday 11 November 2014

~~Keputihan - Normal atau Penyakit?~~

Day 28th

Selamat datang ke blog Vitamin Engineer.
Masalah keputihan pastinya seringkali menghantui para wanita dari pelbagai golongan.

Untuk si anak dara, pastinya mementingkan kebersihan diri. Saham tengah meletop2 gitu. Hanya perlu membelek diri sendiri. Tak perlu layan suami, tak perlu melayan ragam anak, tak perlu menguruskan rumahtangga.

Bagi para wanita yang telah berkeluarga pula, pastinya penampilan dan kebersihan 24jam kepada suami pula akan tercalar apabila diganggu dengan masalah keputihan.

Para wanita sekalian, walaupun nama bagi masalah wanita ini ialah "keputihan", namun ia tidaklah selalunya putih. Jika jangkitan semakin teruk, boleh bertukar kepada "kekuningan" mahupun "kehijauan". Yakh! Jom peranginya!


KEPUTIHAN.. NORMAL ATAU PENYAKIT?

Tahukah anda apakah punca utama bagi masalah keputihan? Sikap kurang prihatin seseorang wanita di dalam penjagaan alat sulit mereka sendiri adalah punca utama. Ini seterusnya akan menyebabkan berlakunya jangkitan kulat kandida yang terdapat pada dubur dan faraj wanita.

Kajian oleh pakar kesihatan kelamin menunjukkan bahawa 99.9% wanita menghidap keputihan. Persoalannya di sini, apakah masalah keputihan ini adalah penyakit ataupun hanyalah gejala normal bagi wanita? 

Jangan risau. Tidak semua pengeluaran lendir dari kemaluan itu menandakan penyakit. Faraj dan pangkal rahim pada kebiasaannya mengeluarkan lendir bagi melindungi sel-sel dan saluran dinding faraj. Kerana tanpa lendir ini, sel-sel akan menjadi kering dan rosak. Keputihan normal ini biasanya berwarna putih atau kelabu keputihan. Ini bermaksud tiada jangkitan yang berlaku.

Namun begitu, sifat keputihan ini boleh menjadi berbeza pada sesetengah jangkitan. Terutamanya apabila keputihan ini berbau hanyir dan berubah warna.


APAKAH PUNCA KEPUTIHAN MENJADI LEBIH TERUK?

Jangkitan boleh berlaku dengan banyak sebab.

  • Jangkitan kuman
  • Perubahan hormon
  • Perubahan mental - Stress boleh menyebabkan kecelaruan hormon seterusnya menyebabkan keputihan yang berlebihan.
  • Pengambilan ubat-ubatan - pengambilan antibiotik dalam jangka masa yang lama contohnya bo;eh membunuh bakteria semulajadi tang melindungi faraj seterusnya menyebabkan ia terdedah kepada jangkitan dari luar.
  • Penyakit dalaman - kencing manis, tiroid boleh menyebabkan hormon tidak seimbang.

KEPUTIHAN DAN WANITA
  • Kitaran haid wanita dipengaruhi oleh hormon. Keputihan akan menjadi semakin cair ketika ovulasi berlaku namun akan bertambah likat apabila menghampiri haid.
  • Wanita yang sedang di dalam keadaan terangsang seksualnya boleh menambahkan lagi keputihan yang sedang dialami.

JANGKITAN KUMAN NAKAL

Berikut adalah jenis-jenis jangkitan seksual yang biasa berlaku :
  • Bacterial Vaginosis
  • Candida Vaginitis
  • Trichomonas Vaginitis
  • Gonorea
  • Chlamydia / Herpes
Setiap jangkitan ini mempunyai sifat lendiran dan bau tertentu. Jika lendir yang keluar dari faraj anda terlalu pekat, berbau, bernanah, diiringi dengan darah dan menyebabkan kegatalan, segera dapatkan nasihat doktor.


ALFALFA COMPLEX 


Kami di Shaklee mempunyai penyelesaian mudah untuk membunuh masalah keputihan ini dengan Alfalfa Complex. Ia diperbuat dari tanaman Alfalfa dari jenis Medicago Sativa yang ditanam secara organik. Ia juga dikenali sebagai "Raja Segala Tumbuhan" kerana memiliki gred tertinggi di kalangan tumbuhan Alfalfa. Hakikatnya, alfalfa telah digunakan oleh manusia sejak lebih dari 2500 tahun dahulu dan dikenalpasti sebagai makanan paling kata nutrisi dan zat galian. Bagi wanita pula, alfalfa adalah "Kacip Fatimah Moden".

Jom kita lihat testimoni yang berjaya menyingkirkan masalah keputihan dengan kacip fatimah moden ini.


TESTIMONI 1 - Perubahan hanya dalam masa 3 hari.



TESTIMONI 2 - Keputihan hilang dengan Alfalfa + GLA



Anda boleh memiliki Alfalfa Complex ini dengan menghubungi saya di :
Call/Whatsapp : 0127946356  fb Chat / Messenger : Lina Nawwarah Shafie  email : linanawwarah@gmail.com
Terdapat 2 saiz yang boleh anda miliki :
Alfalfa Complex (S) - RM53.75/btl. 330biji.
Alfalfa Complex (L) - RM97.50/btl. 700biji.

Konsultasi sepanjang hayat istimewa untuk pelanggan saya.

-Sekian-


No comments:

Post a Comment