Tuesday 18 November 2014

~~Sembelit ketika hamil? Rawat dengan Supplement, bukan ubat-ubatan~~

Assalam.. 
Selamat datang ke blog Vitamin Engineer!

Masalah sembelit sememangnya merupakan gejala normal bagi wanita yang sedang hamil. Bakal ibu pastinya tertanya-tanya, mengapakah masalah ini berlaku?

Tubuh wanita yang hamil mengandungi hormon progesteron yang banyak, ini menyebabkan usus memproses makanan dengan perlahan. Tambahan pula, rahim ibu yang semakin membesar juga menyebabkan tekanan pada pada usus sehingga menghalang pergerakan najis ke usus besar dan rektum.




KURANG MINUM AIR

Kurang pengambilan air yang cukup pastinya mengundang masalah dehidrasi. Jadi para ibu, pastikan anda mengambil sekurang-kurangnya 2 hingga 3liter air masak sehari. 

Selain itu, pengambilan minuman yang berasaskan yogurt juga sangat membantu melancarkan proses pembuangan.


KURANG PENGAMBILAN MAKANAN TINGGI SERAT

Diet makanan yang kurang fiber/serat juga menyumbang kepada permasalahan ini. Makanan yang kurang fiber akan membuatkan najis anda menjadi keras. Jadi perbanyakkan mengambil makanan seperti kekacang, sayur-sayuran  dan buah-buahan. 


KURANG PERGERAKAN

Ibu hamil juga tidak terkecuali dari keperluan melakukan senaman atau sekurang-kurangnya gerakan ringan. 


APAKAH TANDA-TANDA BAHAWA SEMBELIT ANDA SEMAKIN TERUK?

Jika anda mengalami salah satu daripada simptom di bawah, anda dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan doktor.

  • Sakit perut yang keterlaluan
  • Cirit-birit
  • Keluar darah


ELAK DAN RAWAT SEMBELIT DENGAN OSTEMATRIX

Kami di Shaklee pastinya punya produk yang sangat sesuai dan selamat untuk menyelesaikan masalah sembelit ini. Secara asasnya pengambilan Ostematrix untuk ibu yang sedang hamil ialah bagi memastikan si ibu serta bayi di dalam kandungannya memperolehi kalsium yang mencukupi sepanjang proses kehamilan. Sudah pasti ketika ini keperluan kalsium bagi wanita hamil adalah berganda. Namun begitu, keistimewaan Shaklee sudah tentu terletak pada multi-fungsinya. 


APAKAH BAHAN DIDALAM OSTEMATRIX YANG MEMBANTU MASALAH SEMBELIT?

Magnesium! Magnesium di dalam Ostematrix membantu menyeimbangkan sistem tubuh anda yang telah menyerap kalsium yang banyak yang terkandung di dalam Ostematrix. Jika anda mengambil kalsium yang tidak mengandungi magnesium, anda akan mudah mendapat sembelit kerana pengambilan kalsium yang berlebihan akan menyebabkan najis anda menjadi keras. 

Kalsium akan mengikat hempedu dan lemak di dalam usus dan seterusnya disingkirkan dari tubuh dalam bentuk najis besar, yang membantu membersihkan kolon.

Magnesium pula akan menormalkan ketegangan pada dinding kolon yang membolehkan tindak balas peristalsis biasa. Ia juga akan membantu usus anda mengekalkan air seterusnya membantu melembutkan najis. 


BELUM PERCAYA? INGIN LIHAT TESTIMONI?

Kalau dulu 3@4 hari sekali baru membuang. Tapi sekarang hari-hari!

INGIN MILIKI OSTEMATRIX?

Order sekarang! Hubungi saya di sini :

Call/Whatsapp : 0127946356  
 fb Chat / Messenger : Lina Nawwarah Shafie   
email : linanawwarah@gmail.com





TAHUKAH ANDA?

Tahukah anda bahawa supplement yang dibekalkan oleh pihak klinik untuk menjaga hb anda iaitu Ferrous Fumarate juga mampu menyebabkan masalah sembelit?

No comments:

Post a Comment