Friday 24 October 2014

~~Aku dan Shaklee (Part 1)~~

Assalam.. (challenge day-10). - Pengalaman mengandung dengan Shaklee.

Hai semua. Terima kasih kerana berkunjung ke Blog Vitamin Engineer. Hari ni saya nak cerita bagaimana saya berkenalan dan jatuh cinta dengan Shaklee. Memang dah lama sebenarnya hajat nak mengabadikan kisah saya dan Shaklee dalam bentuk penulisan, baru kini terlaksana impian. Hehe..


Episod pertama kali dengar "Shaklee"

Saya mula dengar tentang Set Mengandung Shaklee sejak sebelum berkahwin lagi. Ketika tu dah dekat dengan tarikh pernikahan, sahabat saya yang baru keguguran bercerita tentang supplement yang dia nak ambil jika dikurniakan rezeki mengandung lagi. Masa tu saya rasa hairan, ada ke supplement untuk orang ,mengandung? (Untuk pengetahuan anda saya pada asalnya bukanlah orang yang begitu menjaga kesihatan. Jadi supplement2 ni bukanlah kecenderungan saya untuk ambil tahu). Kemudian sahabat saya kata ; "Nanti kalau satu hari kau pregnant, aku cadangkan kau makan produk Shaklee. Baik untuk kandungan." So dari hari tu, saya dah pasang azam kalau pregnant satu hari nanti, saya mesti nak cari Shaklee. Walaupun masa tu tak tahu pun apa produk Shaklee ni. Hihi..

Sahabat yang banyak ajar saya benda-benda di luar normaliti hidup saya. Cik Puan Qila kepoh.


Bermula episod mengandung

Alhamdulillah 2bulan selepas pernikahan saya disahkan mengandung. Saya lakukan ujian UPT di rumah sebelum dari tarikh saya sepatutnya datang kotor lagi. Tanda-tanda awal yang saya rasa seperti hamil adalah rasa sengal di bahagian pinggang ketika di pejabat. Tapi dek kerana keterujaan si suami, dalam diam suami beli alat ujian kehamilan dan paksa saya lakukan ujian tu pagi-pagi sebelum nak pergi kerja. Hasilnya? 2 garisan yang amat jelas. Alhamdulillah... kemudian kami pergi ke klinik, lakukan scan dan dapat pengesahan dari doktor.

Inai di jari masih ada lagi. Ketika ni dah 2 bulan pregnant. Hihi


Selepas disahkan mengandung, saya terus teringat set Shaklee yang pernah sahabat saya ceritakan. Apa penyebab saya nak ambil supplement ketika mengandung? 

  • Saya orang yang jarang sakit. Andai kata pening kepala tu dalam setahun ada la 2 @ 3 kali datang menjengah. Jadi saya sakit takut pada istilah 'morning sickness' seperti yang selalu orang sebut2 tu.
  • Kedua kerana saya sedar cara pemakanan saya kurang baik. Saya yang bekerja keluar pagi balik petang tentulah jadual makan tu tak teratur. Kemudian saya gemar makan makanan ringan. Tabiat pemakanan sihat? Saya tak tahu dan takde minat nak ambil tahu. (Sekarang boleh bayangkan betapa cuai saya menjaga diri? Hihi). Jadi kerana tu saya sangat risau jika baby dalam perut tak dapat nutrisi cukup seperti yang dia perlukan.


Morning Sickness?

Di awal kehamilan ketika mula-mula dapat tahu saya mengandung tu, morning sickness yang saya takut2kan sangat tu ada jugak datang menegur. Tapi setakat muntah sikit-sikit keluar air dan angin tu la. Alhamdulillah bahagian saya ketika tu tak teruk. Lagi satu saya pun alami masalah nak gosok gigi waktu pagi tu. Asal masuk berus dalam mulut mula la rasa nak muntah.


Bermula dengan Shaklee

Masuk bulan kedua, saya dah kerap rasa sakit pinggang, sakit tulang punggung, sakit gigi dan sembelit. Jadi suami belikan 1set Set Kehamilan Shaklee dari upline saya sekarang (Master Farah Alias). Masa tu memang zero pasal produk Shaklee. Semuanya saya serahkan pada Kak Farah untuk cadangkan produk yang perlu. Jadi kami ambil satu set lengkap. Pembelian set tersebut lebih kurang RM400 lebih. Jadi kami terus tambah RM65 untuk jadi ahli. Kenapa jadi ahli? Takde niat langsung nak berniaga atau cari side income dengan Shaklee. Kami cuma harap pembelian seterusnya kami boleh dapat harga ahli. 

Pendek kata saya memang ambil set kehamilan ni buta-buta macam tu je. Saya takde tanya pengedar apakah isi ataupun manfaat setiap produk. Cuma masa tu Kak Farah ada tanya; "Mengandung ni awak ada masalah sembelit tak? Kalau ada, awak akan cepat rasa perbezaannya lepas makan Ostematrix ni".


Kesan Set Kehamilan Shaklee

Ini adalah bahagian yang saya paling suka cerita berulang-ulang dengan orang. Selepas saya amalkan Set Kehamilan ni, manfaatnya...
  • Morning sickness? Ringan ke, berat ke, langsung takde.
  • Sakit pinggang, sakit belakang, sakit tulang punggung, terus hilang.
  • Sakit gigi juga tiada (punca sakit gigi adalah kekurangan kalsium yang banyak disedut oleh baby untuk membentuk tulangnya).
  • Setelah lama-kelamaan amalkan set ini, saya mula perasan yang masalah rambut gugur yang kronik dari zaman anak dara langsung tiada.
  •  Tumit kaki licin.
  • Badan sentiasa segar dan aktif sepanjang kehamilan.

Berat badan naik mendadak

Cerita paling dramatik ketika saya pregnant adalah berat badan saya yang naik sehingga 25kg. 5bulan usia kandungan kaki dah mula bengkak. Tapi alhamdulillah saya tak mengalami sebarang kesukaran berat ketika mengandung walaupun berat badan naik banyak. Ujian air gula? Dah tentu saya kena paksa buat tapi syukur keputusannya tak pernah melebihi dari apa yang sepatutnya. Beberapa hari sebelum due date, saya ada buat final scan di klinik. Ketika tu doktor menganggarkan berat anak saya lebih kurang 3.6kg. Tapi saya tak percaya dengan ramalan doktor tu. Sebab saya memang rasa badan ringan serta aktif sepanjang masa. Jadi saya anggap baby saya sepatutnya ringan. Tapi nak tau berapa berat baby saya yang sebenarnya??? Haha..jom baca lagi.


Ketika sarat.


Episod Bersalin

Dua hari sebelum edd, saya dah mula leaking sejurus selepas bangun dari tidur. Tapi masa tu memang clueless yang itu adalah petanda awal ank bersalin. Jadi saya abaikan. Kebetulan petang tu saya ada appointment dengan klinik. Jadi bila nurse dapat tahu, terus saya diarahkan pergi hospital. Sebelum ke hospital tu saya sempat singgah tesco, jalan-jalan dang bungkus makanan. Sampai di hospital, bila check, bukaan saya baru 2cm. Tapi oleh kerana saya air dah keluar dari pagi, jadi doktor tahan tidur wad. Walaupun dah di induced, tapi sepanjang malam saya tak rasa sakit, makan berselera. Esok pagi saya orang pertama yang masuk labour room. Sebelum masuk labour room tu memang saya tak sentuh sarapan sebab nasi goreng yang hospital sediakan memang pedas yang amat. Siap kena marah dengan nurse. Katanya takut saya lama dalam labour room hingga takde tenaga. Tapi Alhamdulillah rasa sakit tu hanya datang ketika dah nak bersalin. Tenaga? Alhamdulillah kekal ada. Nak tau berat baby saya ketikan dilahirkan? 4.025kg! Dan YA! Saya bersalin normal. Hihi.. Tapi memang syukur sangat-sangat walupun baby saya besar, tapi proses melahirkan tu mudah. Keluar baby, maka keluarlah 15kg bersama-sama dengan si kecil. Hihi... 



4.025kg Giant Baby. Diberi nama Najah Nawwarah binti Mohd Raizan


Baby gemok saya sekarang

Ingin tahu lagi kisah baby Najah membesar dengan Shaklee pula? Tunggu di lain episod ye. Hihi..

-Sekian-


No comments:

Post a Comment