Tuesday 19 August 2014

~Power Pumping.. Tips Power untuk Susu Ibu Meriah~

Bismillah..

Salam sayang untuk pembaca blog Vitamin Engineer.
Hari ni nak share tentang Power Pumping yang kerap disebut-sebut oleh rakan-rakan seperjuangan masa study dulu.
Masing-masing baru ada baby baru.
Now tengah bersemangat fight untuk misi 'Fully Breastfeeding'!
Yeay! 

Kalau dapat breastfreed baby anytime, plus dapat simpan stok banyak macam ni best kan? 



Bagi para ibu yang sedang dalam misi nak memperbanyakkan susu ibu tu, jom amalkan Power Pumping ni.
InsyaAllah sangat2 berkesan.

Apa dia Power Pumping?
Power Pumping merupakan teknik mengepam bagi tujuan mempertingkatkan penghasilan susu ibu. Teknik mengepamnya adalah seperti biasa, tapi dengan cara yang lebih unik iaitu dengan meniru cara bayi menyusu.

Siapa yang perlu melakukan Power Pumping?
1- Ibu yang kurang susu kesan dari pelbagai sebab seperti perubahan hormon, period, kurang mengepam dan sebagainya.
2- Ibu yang ingin menyusukan semula anak setelah berhenti menyusukan.
3- Ibu yang ingin menyusukan anak angkat ( meransang penghasilan susu ).


Bagaimana melakukan Power Pumping? 
Cara 1 - Untuk Single Pump.
Pam dulu sebelah kanan 10 minit, then sebelah kiri 10minit. Prosedur ini berterusan bergilir-gilir breast kanan dan kiri sehingga cukup 60minit (1 jam). Ini adalah 1 sessi lengkap.

Cara 2 - Untuk Double Pump.
Pam kedua-dua belah serentak selama 10minit, kemudian berhenti rehat selama 10minit. Prosedur ini berterusan sehingga cukup 60minit (1 jam). Ini adalah 1 sessi lengkap.

Power pumping ini hendaklah dilakukan setiap hari. Disaran dilakukan dalam waktu malam ke subuh kerana hormon susu sangat banyak terhasil dalam waktu ini.

Berapa lama masa untuk dapat hasilnya?
Amalan Power Pumping harus dilakukan setiap hari sekurang-kurangnya selama 1 minggu berturut-turut untuk menunjukkan hasil. Jangan give-up sekiranya hari pertama dan kedua tu anda hanya dapat pam angin je.
Usaha, doa dan tawakal. Paling penting, always think positive!

Supplement untuk susu meriah.
Set Triple Milk-Booster merupakan set paling ringkas bagi tujuan penghasilan susu meriah.
Sila rujuk poster.






Hubungi saya untuk mendapatkan harga terbaik!
Konsultasi percuma hanya untuk pelanggan saya sahaja ya.. Hehe. 

Call/Whatsapp : Lina 0127946356
Email : linanawwarah@gmail.com
FB Chat : Lina Nawwarah Shafie

No comments:

Post a Comment