Monday 24 August 2015

~~Panduan Memilih Suami..Agar Anda Tidak Menyesal Seumur Hidup~~

Assalam agas2 sekalian.
Kat tempat keje kakak ni ada satu budak baru. Umur baru 25tahun. Orangnya kurus kedengkek (terlalu kurus). Lelaki hokeh.
Baru join company kakak ni dalam 3 minggu camtu.

Apa yang buat kakak terpanggil nak menulis tentang dia?
Bukan tentang dia. Tapi tentang2 adik2 cantik manis yang belum tercop mahupun terikat dengan mana2 lelaki ni. Dalam erti kata lain belum berkahwin. Yang dah bertunang pun sempat lagi nak patah balik. Fikir dan renungkan betul2.

Okeh berbalik kpd budak kurus kedengkek ni.
Walaupun dia kurang hensem, badan tidak tough, nampak sengkek, naik motor cabuk (yang belum pasti milik beliau), pakai baju yang sama 2-3 hari (tapi tak busuk.Dia cakap dgn akak receptionist dia xde byk baju.huhu..yg ni sedih.orang susah gamaknya), TAPI........budaknya ada sopan-santun, budi-bahasa. Kalau cakap lembut je. Berjalan tunduk pandang lantai. Tapi kerja rajin. Berdasarkan deria ke-8 kakak yang memang expert menilai karakter2 lelaki ni, budak ni memang baik. Kalau jadi laki insyaAllah sejuk je rumahtangga.

Agas-agas, sebelum setuju nak kahwin, fikir2kan lelaki macam mana sebenarnya yang anda nak hidup bersama hingga ke akhir hayat? Jika anda wanita yang perlahan, lembut, tak banyak songeh dan penyabar, maka bolehlah jadi isteri pada lelaki yang tegas. Ala-ala "MANLY" gitew.
Yes! I have one friend yang selalunya dia mendominasi hubungan dgn ex2 boyfren dia. Tapi mengejutkan lelaki yang dia pilih untuk jadi suami adalah seorang yang very firm! Jenis tak boleh bantah punya. Mungkin pada dia lelaki begini yang boleh 'membentuk' dia.

But as for me, my husband is very 'boleh gaul' punye orang. Dari zaman muda2 dulu kakak memang cepat cair bila jumpa lelaki yang pemalu. Stok2 suami solehah katanya.Hahaha.. (Sebab zaman muda kakak memang banyak songeh, kepala angin dan sebagainya). Tapi this guy boleh bersabar dan bertahan hingga jadi laki.

Tapi ingat ye agas2. Kang dah jadi laki jangan buat perangai lama. Sebaliknya jadilah lembut dan penyabar juga seperti lelaki2 lindungan Kaabah ni. Kerana alam percintaan dan perkahwinan tentunya berbeza sama-sekali.

Hati2 memilih dan selamat beramal.

Nak tips? Tanyalah dokter cinta. kih3..

No comments:

Post a Comment